Bantuan sudah mula mencurah-curah masuk ke Turkiye, beberapa jam selepas negara berkenaan digegarkan dua gempa bumi sehingga mengorbankan ribuan nyawa.<br /><br />Walaupun beberapa lapangan terbang di wilayah selatan Turkiye ditutup, terdapat laluan khas udara yang dibuka bagi memudahkan pasukan bantuan masuk ke kawasan bencana.
